Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang
syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...
Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui
syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya.
Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa
maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita
akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta
nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang
syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.
Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam
mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan
sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau
yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta
Islam.
Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak
dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed
Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai
dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di
nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi
beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada
pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.
Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada
saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya
(kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar
iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga
berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan
berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada
pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses
keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban
berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan
sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan
itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku
yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!
Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment