Friday, 6 July 2012

Srikandi Disebalik Sayyid Qutb



Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.

Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.
Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.

Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.

Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur”™aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra”™ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu…
Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…

Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].
Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.

Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.

Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba”™ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:
“Bonda..

Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?
Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan “˜wahyu”™ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”
Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…
- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]
sumber asal:ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Saturday, 30 June 2012

MENANTI RAMADHAN...






Puasa-Puasa di Bulan Sya'ban


Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai). ‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja.

Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?


Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)

PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN


Sabda Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.
Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;
  1. Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.
  2. Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.
  3. Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat).


PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN


Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;
  1. Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
  2. Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
  3. Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.


PUASA HARI SYAK


Dilarang berpuasa pada hari syak berdalilkan hadis dari ‘Ammar bin Yasir r.a. yang menceritakan;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Hari syak ialah hari ke 30 Sya’ban yang timbul syak atau keraguan di kalangan orang ramai; apakah ia masih bulan Sya’ban atau telah masuk bulan Ramadhan? Keraguan itu timbul kerana ada suara-suara yang memperkata atau menghebohkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan, namun tidak ada saksi yang adil atau yang boleh diterima yang memberitahu atau mendakwa ia melihat anak bulan itu. Hari syak ini diharamkan berpuasa sama ada dengan niat puasa Ramadhan sebagai ihtiyaht (yakni berhati-hati) atau puasa sunat. Jika ada yang berpuasa juga pada hari syak, puasanya batal dan ia berdosa. Walau bagaimanapun, dikecualikan larangan tersebut dari tiga orang yang disebut tadi.
Wallahu a’lam.

sumber asal: www.islamituindah.my

Friday, 29 June 2012

Wordpress of Tafsir fi Zilal al-Quran

http://tafsirzilal.wordpress.com


P/S: 
# Boleh didapati dalam 3 bahasa utama; Arabic Language, Bahasa Indonesia & English Language.
# Merangkumi tafsir untuk 114 surah di dalam al-Quran.
# Dalam Edisi Lengkap/Complete Edition.

TAJDID NIAT, TAJDID SPIRIT ! Selamat Beramal ! :)

Monday, 25 June 2012

Quote by Sayyid Qutb

“ Indeed our words will remain lifeless, barren, devoid of any passion, until we die as a result of these words, whereupon our words will suddenly spring to life and live amongst the hearts that are dead, bringing them to life as well.”

Menyelami WASIAT Sayyid Qutb


Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...

Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.

Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.

Riwayat Hidup Sayyid Qutb



  • Nama penuh: Sayyid Qutb bin Ibrahim Qutb
  • Hafaz al-Quran sewaktu usia 9 tahun
  • Berbakat dalam bidang sastera dan menguasai bahasa Arab dengan baik
  • Belajar di Madrasah Ulum (uni bahasa)

tersebutlah kisah...

Lahir, suka dgr al-Quran, bercita2 nak jadi Qari

Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

Beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.

Jadi guru

beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan

beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika

tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg kehidupan orang2 di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya penulisannya.

Turning point

bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad HAB)

Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...

Kembali ke Mesir

sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...

"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb

Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)

beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.

Uniknya Tafsir Fi Zilal Quran berbanding tafsir lain


Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)

beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.

tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.

beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'.

Syahid di tali gantung

tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)

> Sumber asal : syahirahhanimidris.blogspot.com