- Nama penuh: Sayyid Qutb bin Ibrahim Qutb
- Hafaz al-Quran sewaktu usia 9 tahun
- Berbakat dalam bidang sastera dan menguasai bahasa Arab dengan baik
- Belajar di Madrasah Ulum (uni bahasa)
tersebutlah kisah...
Lahir, suka dgr al-Quran, bercita2 nak jadi Qari
Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan
ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang
menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang
lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya.
namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang
yang lebih hebat lagi di zamannya.
Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas
Beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan
remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh
memberi idea2 yang bernas.
Jadi guru
beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah
menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan
dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian
Pelajaran di Kaherah.
Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan
beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang
penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati
hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu
itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah
menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.
Ke Amerika
tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana
selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg kehidupan orang2 di
Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg agamanya tapi beliau
menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya penulisannya.
Turning point
bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau
sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai
orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak
pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang
berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg
terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami raikannya
dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu?
itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha
jihad HAB)
Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira
dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa
hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah
berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali
roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa?
supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat.
begitulah...
Kembali ke Mesir
sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan
gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat
Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...
"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup
membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca
dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan
manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia
pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan
dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu
amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan
akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas
kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia
berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak
itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan
2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed
Qutb
Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)
beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga
lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah
Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8
tahun untuk disiapkannya.
Uniknya Tafsir Fi Zilal Quran berbanding tafsir lain
Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran"
atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya
ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan
permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul
Nasir memerintah)
beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga
membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada
penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan
seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.
tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau
menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari
pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran.
oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata
bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.
beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg
pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan
darah syuhada'.
Syahid di tali gantung
tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29
Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh
"Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di
zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak
mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara
mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak
secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn
Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung
dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.
" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak
akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh
Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)


No comments:
Post a Comment